“Sesiapa yang melalui jalan untuk menuntut ilmu, Allah SWT akan membuka kepadanya salah satu jalan yang menuju ke syurga, para Malaikat merendahkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya orang alim itu, diminta keampunan baginya oleh mereka yang berada di langit dan di bumi, juga oleh ikan di dalam air. Kelebihan orang alim ke atas orang abid (ahli ibadat yang tidak berilmu) seperti kelebihan bulan purnama ke atas segala bintang, dan sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi, (kerana) mereka tidak meninggalkan (pusaka) dinar dan dirham (harta), sebaliknya mempusakakan ilmu, sesiapa yang (dapat) mengambilnya, dia telah mengambil bahagian yang besar”.
Ulama’ yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah ulama’ yang mempunyai ilmu pengetahuan yang meluas serta mendalam dalam pelbagai cabangan ilmu agama seperti akidah, syariah dan akhlak serta mengamalkan segala ilmu yang mereka ada.
Amanah ilmu yang sedia terpikul di pundak mereka turut mewajibkan para alim ulama' ini berada di medan perjuangan, memimpin ummah mendepani cabaran dan ancaman musuh Allah swt. Ulama' sayugianya menjadi benteng kukuh mempertahankan kesucian Islam dan gerakan perjuangannya agar tidak tembus dan tiris dek serangan pelbagai anasir negatif yang mahu merosakkan jamaah dan meretakkan hubungan sesama pejuangnya.
Apabila disebut ulama’ itu adalah pewaris para nabi, maka tugas dan peranan ulama’ itu tidak akan jauh daripada apa yang para nabi lakukan. Sesungguhnya, nabi s.a.w bukan sahaja berperanan mengajar di masjid semata-mata, bahkan beaginda juga merupakan pemimpin bagi sebuah negara, pentadbir bagi sebuah kerajaan, panglima bagi sebuah angkatan perang dan penghulu bagi suatu ummah.
Justeru, ulama’ yang sebenar merupakan ulama’ yang sentiasa bergerak dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, sifat ulama’ yang diredhai Allah antaranya ialah haraki. Sifat ini mengeluarkan mereka dari kelompok yang mengaku ulama' namun jumud dan beku. Sifat Haraki turut membebaskan para alim ulama' dari kumpulan mereka yang mengaku ulama' namun hidup dan aktiviti rutinnya tidak melandasi Manhaj Islam yang telah diwariskan oleh Nabi saw.
Walau bagaimanapun, ulama’ haraki tidak semestinya bermaksud mereka bergiat aktif dalam jemaah politik tertentu semata-mata. Perbahasan mengenai takrifan ulama’ haraki ini lebih luas. Namun, apa yang perlu ditekankan di sini ialah, seorang ulama’ itu mestilah paling-paling tidak mengambil tahu akan isu-isu politik semasa dlam dan luar negara terutama yang melibatkan kemashalatan ummah.
Seruan DU’AT kepada pelajar IRK
Tidak dapat tidak, mereka yang menjadi penuntut bagi ilmu wahyu perlu menerima hakikat bahawasanya amanah menjadi seorang ulama’ terletak di atas bahu mereka. Hal ini kerana, pelajar yang menuntut ilmu wahyu sedang menelusuri jalan sebagaimana jalan yang dilalui oleh mereka yang bergelar ulama’. Justeru, persiapan untuk membentu diri menjadio ulama’ yang sebenar haruslah dimulai daripada sekarang. Untuk itu, halaqah DU’AT telah sepakat di dalam perbincangan mereka bahawa proses permulaan dalam membentuk diri menjdi seorang ulama’ mestilah berkait dengan tiga aspek ini.
1) Rohani
2) Jasmani
3) Ilmu
Daripada aspek-aspek tersebut, DU’AT telah mencadangkan beeberapa aktiviti yang boleh kita lakukan bersama dalam usaha untuk mempersiapkan diri menjadi ulama’.
DU’AT berharap agar pelajar IRK yang lain dapat bersama menyertai segala aktiviti yang dicadangkan ini. Moga usaha untuk mengukuhkan institusi ulama’ ini diredhai oleh Allah.
DU'AT kedua |
0 comments:
Post a Comment