“Allahuakbar !Allahuakbar!”
Azan maghrib berkumandang menandakan berakhirnya bulan Ramadhan tahun ini. Bulan Ramadhan yang penuh barakah sudahpun meninggalkan kita bersama-sama kemuliaan dan kelebihannya yang tersangat banyak. Tiada lagi solat tarawih dan witir berjemaah. Tiada lagi sahur dan iftar yang disertai dengan pahala yang berlipat kali ganda. Tiada lagi laylatul Qadr yang malamnya semulia seribu bulan. Kini, menjelma pula Syawal.
Bergembiralah
Aisyah berkata, “Rasulullah masuk padaku, dan di sisiku ada dua anak wanita (dari gadis-gadis Anshar 2/3, dan dalam satu riwayat: dua orang biduanita 4/266) pada hari Mina. Lalu, keduanya memukul rebana (4/161). Mereka menyanyi dengan nyanyian (dalam satu riwayat: dengan apa yang diucapkan oleh wanita-wanita Anshar pada hari) Perang Bu’ats[1] sedang keduanya bukan penyanyi. Beliau berbaring di atas hamparan dan memalingkan wajah beliau. Abu Bakar masuk, sedang Nabi menutup wajah dengan pakaian beliau (2/11), lalu Abu Bakar menghardik saya (dan dalam satu riwayat: menghardik mereka) dan mengatakan, ‘Seruling setan di (dalam satu riwayat: Pantaskah ada seruling setan di rumah) Rasulullah? Dia mengucapkannya dua kali. Lalu, Nabi menghadap Abu Bakar (dalam satu riwayat: lalu Nabi membuka wajahnya) lantas bersabda, ‘Biarkanlah mereka wahai Abu Bakar! Karena tiap-tiap kaum mempunyai hari raya, dan hari ini adalah hari raya kita.’ Maka, ketika beliau lupa, saya mengisyaratkan kepada kedua anak wanita itu, lalu keduanya keluar.” [HR Bukhari]
Islam menggalakkan umatnya untuk bergembira semasa hari raya. Hal ini kerana, hari raya merupakan hari kemenangan buat umat Islam sementelah selama 30 bulan berhempas pulas melawan nafsu demi melaksanakan perintah puasa yang diamanahkan oleh Allah swt. Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata.
Walau bagaimanapun, kegembiraan yang dianjurkan itu mestilah tidak melebihi batas-batas syarak yang telah ditetapkan. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh umat Islam masa kini tatkala meraikan Hari Raya ialah mereka menjamu nafsu mereka dengan hiburan yang melampau sehingga boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Lihat sahaja rancangan televisyen yang bakal disiarkan sempena hari raya nanti. Kebanyakkannya mempunyai unsur-unsur kemungkaran dan kemaksiatan seperti percampuran lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, adengan-adengan yang tidak elok dan bermacam lagi. Semua ini mampu membuatkan pahala yang telah kita kumpul selam 30 hari di bulan Ramdhan lebur begitu sahaja.
Sungguhpun begitu, kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana di sebalik berleluasanya budaya hiburan yang melampau ini,, masih ada lagi pihak yang mempunyai kesedaran untuk menyiarkan rancangan yang bukan sahaja berbentuk hiburan tetapi mampu juga menjadi santapan rohani buat diri kita.
Hiburan Rohani Sempena Syawal
Di sini saya ingin kongsikan beberapa rancangan yang saya kira baik untuk dipertontonkan buat sanak-saudara dan para tetamu yang bertandang di rumah bagi memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini:
BUAL SANTAI DAN MAJLIS ILMU
MADRASAH ALHIJRAH
1 hingga 5 Syawal, 6.30 pagi
- Madrasah AlHijrah adalah sebuah rancangan santapan rohani berkonsepkan kelas pengajian agama yang melibatkan topik Akidah, Syariah, Akhlak dan AlQuran.
- Menggunapakai kaedah pembelajaran secara halaqah, seorang ustaz akan memulakan topik pembelajaran dua hala secara berkesan.
- Menariknya Syawal ini, MADRASAH ALHIJRAH SYAWAL akan meneruskan kesinambungan topik-topik yang telah dibincangkan sepanjang ramadan di dalam Madrasah AlHijrah Ramadan.
- Bersama dua ustaz terkemuka iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustaz Dr. Lokman Ibrahim, MADRASAH ALHIJRAH SYAWAL akan membincangan tajuk-tajuk menarik seperti Aidilfitri satu kemenangan dan lain-lain.
60 MINIT BERSAMA
USTAZ DON AIDILFITRI
USTAZ DON AIDILFITRI
1 hingga 3 Syawal, 10.30 malam
- Tidak asing lagi, rancangan yang mendapat tempat di hati penonton dan dikendalikan oleh seorang Ustaz muda berbakat akan disiarkan jam 10.30 malam pada Syawal pertama hingga Syawal ketiga.
- Sedikit kelainan, Ustaz Don akan bersiaran selama 60 minit di dalam 60 MINIT BERSAMA USTAZ DON AIDILFITRI untuk membincangkan topik-topik pilihan khas berkisar tentang amalan-amalan di bulan Syawal.
- Penonton turut berpeluang untuk berinteraksi secara langsung bagi mengutarakan sebarang persoalan bagi mendapatkan jawapan ilmiah.
ASSALAMUALAIKUM SYAWAL
1 hingga 3 Syawal, 7.00 pagi
- Meneruskan tradisi sambutan Aidilfitri, Program bual bicara ASSALAMUALAIKUM SYAWAL akan bersiaran secara langsung dari Studio Digital TV AlHijrah bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri 1433H.
- Bersiaran di pagi Syawal pertama hingga ketiga jam 7, ASSALAMUALAIKUM SYAWAL akan membawakan topik-topik pilihan istimewa dengan kupasan menarik sambutan Aidilfitri di dalam dan luar negara selama dua jam yang bermanfaat.
- Penonton turut berpeluang untuk berinteraktif bersama hos dan tetamu jemputan bagi setiap topik yang dibincangkan.
- Kemeriahan serta kehangatan setiap topik perbincangan tambah dirasai hasil olahan yang baik oleh pengacara berbakat seperti Amin Idris, Irma Hasmi, Farah Adeeba, Natasha Hudson serta Mohd Izhar sambil ditemani tetamu-tetamu undangan istimewa.
KONSERT DAN IRAMA
SPIRIT OF AIDILFITRI
1 Syawal, 10.30 pagi
- Islam agama yang meraikan kepelbagaian fitrah manusia. Islam percaya, hiburan yang dibolehkan sebenarnya mampu merehatkan jiwa, menenangkan hati dan menyedapkan pendengaran.
- Justeru itu, TV AlHijrah memilih untuk menayangkan SPIRIT OF AIDILFITRI pada Syawal pertama tepat jam 10.30 pagi.
- SPIRIT OF AIDILFITRI merupakan sebuah program hiburan berbentuk konsert yang menampilkan barisan artis-artis hebat di dalam menyampaikan lagu-lagu ketuhanan yang mampu menyentuh nurani.
- Antara artis-artis hebat yang terlibat adalah Opick, Raihan, Ungu, Bimbo, Sulis dan Steve Thornton.
KONSERT RHYTHM OF SOUL
DI BAWAH LANGITMU
DI BAWAH LANGITMU
4 & 5 Syawal, 11 pagi
- KONSERT RHYTHM OF THE SOUL DI BAWAH LANGIT MU Istimewa Aidilfitri akan disiarkan pada Syawal keempat dan kelima jam 11 pagi.
- KONSERT RHYTHM OF THE SOUL DI BAWAH LANGIT MU yang pertama kali diadakan di Malaysia ini bakal memberi kelainan kerana menggunakan konsep zikir sebagai tema konsert.
- Objektif utama konsert ini adalah menggalakkan ummat Islam supaya sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah memandangkan zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkan kita denganNYA dan menjadikan kita selalu diingat Tuhan.
- Menampilkan penyanyi lagu dakwah terkenal Indonesia di Malaysia iaitu Opick serta gabungan suara mengalunkan zikir dari Hafiz Hamidun, Ustaz Dzulkarnain, Ustaz Amal, Hazamin Inteam dan Munif Hijjaz.
FILEM DAN TELEFILEM
HAFALAN SHALAT DELISA (filem istimewa Syawal)
1 Syawal, 8.30 malam
- HAFALAN SHALAT DELISA sebuah filem dari seberang tentang kisah keperitan yang dilalui oleh anak gadis kecil bernama Delisa sewaktu bencana Tsunami melanda bandar Acheh, Indonesia sekitar tahun 2004.
- Sewaktu ombak besar melanda kampung Lhak Nga, Delisa sedang melakukan praktikal Solat bersama ibunya yang tercinta. Tragisnya, bukan sahaja dia kehilangan ibunya, malah tiga orang kakak tersayang turut menjadi korban.
- Berterusan diuji, Delisa yang terselamat harus merelakan kakinya dipotong oleh pakar perubatan akibat cedera parah.
- Namun, Allah itu maha Pengasih, Delisa dipertemukan kembali dengan ayahnya Abi Usman. Kesedihan tidak membuatkan anak kecil ini berputus asa. Malahan, dia bangkit menjadi seorang anak kecil yang memberikan kebahagiaan dan sinar kepada hati yang dirundung pilu.
DI BAWAH LANGIT (filem istimewa Syawal)
5 Syawal, 8.30 malam
- Kyai Ahmad merupakan seorang yang terkenal dengan kedalaman ilmu agama serta kebaikan yang sering dilakukan di kampung nelayan yang didiaminya.
- Memiliki seorang anak gadis bernama Maysaroh, namun atas dasar kemanusiaan,Kyai Ahmad membesarkan tujuh orang anak yatim piatu dan juga dua orang pembantu bernama Zaelani dan Gelung yang dianggap seperti anak kandung
- Hari berganti hari, Kyai Ahmad semakin tua. Namun, pergolakan cinta Maysaroh, Zaelani dan Gelung sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupannya dan tujuh anak-anak yang sedang membesar.
TIADA RAYA TAHUN INI (telefilem istimewa Syawal)
1 Syawal, 2 petang
- Farid dan Fadila mengambil keputusan untuk beraya dengan bapa mereka Saadon memandangkan Syawal ini merupakan Syawal pertama Saadon tanpa isteri tercinta.
Kebetulan Syawal jatuh pada hari jadi Saadon, Farid dan Fadilah mahu beraya dan menyambut hari jadi ayah mereka bersama-sama.
- Farid dan Fadila cuba sedaya upaya untuk mengembirakan Saadon namun sebaliknya bagi Saadon. Bila mengetahui anak menantu dan cucu-cucunya akan datang beraya, Saadon berasa tidak suka mereka datang menganggunya.
- Saadon takut harta bendanya rosak kerana cucu-cucunya nakal. Saadon membuat bermacam-macam alasan supaya Farid dan Fadila tidak datang. Tapi Farid dan Fadila tetap mahu datang.
- Akhirnya Saadon terpaksa berbohong yang dia mahu pergi mengembara mencari kawan-kawan lamanya semasa tentera dulu. Dia tak mahu beraya kerana masih bersedih dengan kematian isterinya.
BARISAN TERAJU UTAMA : JALIL HAMID (SAADON), PUTERI SARAH (FADILAH), ARJA LEE (MAHFUZ)
BALIK RAYA (telefilem istimewa Syawal)
2 Syawal, 2 petang
- Eddy layak digelar sebagai anak bapak. Masakan tidak, dia sangat manja dengan ayahnya. Walaupun hidup di perantauan, Eddy tetap akan pulang ke kampung untuk beraya bersama ayahnya, Manap.
- Namun,persahabatan dengan Hafizi semanjak kecil serta perkenalan dengan seorang gadis berwajah cina, Dina telah merubah Aidilfitri Eddy. Eddy nekad untuk merayakan Syawal di Kuala Lumpur bersama Hafizi dan Dina walaupun tiket untuk pulang berhari raya bersama ayahnya telah dibeli sebelum Ramadan.
- Sangka Eddy, dia akan melalui pengalaman baru yang menyeronokkan berhari raya buat pertama kalinya di perantauan. Namun, segala-galanya berubah apabila Eddy mendapat tahu dia akan dijodohkan dengan gadis pilihan ayahnya. Tambah mengejutkan, keluarga bakal isterinya akan berhari raya bersama keluarganya di kampung.
BARISAN PELAKON UTAMA : ERRY PUTRA (EDDY), SHEERA AIYOB (DINA), IQBAL MAZLAN PILIH KASIH (HAFIZI),
ROSLI RAHMAN ADAM (MANAP)
LELAKI YANG DICINTAI (telefilem istimewa Syawal)
2 Syawal, 8.30 malam
- Ujian dari Allah di bulan yang mulia adakalanya cukup menguji keimanan seseorang hamba dan cabaran itu adalah berbeza-beza antara hambanya. Begitulah yang berlaku kepada kehidupan tiga orang sahabat Julia, Maya dan Rania.
- Keakraban dan persahabatan yang terjalin di bulan penuh barakah Ramadan memberi banyak erti tanpa mereka sedari yang mereka mencintai lelaki yang sama, Nasir.
Segalanya terbongkar saat mereka sebulat suara untuk menguruskan majlis pernikahan Rania bagi mengambil keberkatan bulan Ramadan.
- Keimanan, kecekalan dan persahabatan mereka diuji saat mereka mengetahui bahawa mereka sebenarnya mencintai dan berkongsi lembayung kasih lelaki yang sama.
BARISAN TERAJU UTAMA : DATO’ EIZLAN YUSOF (NASIR), EJA ( JULIA), DIRA ABU SAHAR ( MAYA), FIDA IBRAHIM ( RANIA)
SYAWAL AIDIL DAN FITRI (telefilem istimewa Syawal)
3 Syawal, 2 petang
- Aidil seorang lepasan universiti yang sangat yakin dan percaya dengan diri sendiri. Namun, sebagai anak tunggal kepada pasangan Harris dan Suraya, sedikit sebanyak Aidil terbiasa dimanjakan dengan kemewahan dan kesenangan.
- Ketika Aidil menyampaikan hasratnya untuk menerajui syarikat milik keluarga kepada ayahnya, Harris meletakkan syarat agar Aidil pulang ke kampung untuk bertemu dengan datuknya, Tok Wan untuk mempelajari selok belok kehidupan.
- Segalanya serba tidak kena di kampung. Aidil berasa kekok dengan cara kehidupan dan layanan yang diberikan oleh Tok wan dan neneknya. Pada masa yang sama,Aidil jatuh cinta kepada Nur Ain. Aidil merasakan sahabatnya sewaktu kecil, Fitri sebagai penghalang dan cuba merampas Nur Ain darinya.
- Allah mahu memberikan pengajaran. Aidil cedera sewaktu di hutan. Saat inilah pintu hatinya terbuka untuk melihat dan menilai orang disekelilingnya dengan pandangan berbeza.
BARISAN PELAKON UTAMA : SALLEH MAHFOOZ ( AIDIL ASYRAF), AIMAN HAKIMRIDZA (ADAM FITRI), DATUK JALALUDIN HASSAN (TOK MAN), DIAN P.RAMLEE (ROHANI), SITI SOLEHA (NUR AIN)
KALUT RAYA (telefilem istimewa Syawal)
3 Syawal, 8.30 malam
- KALUT RAYA mengisahkan suka duka sepasang suami isteri Sufian & Intan yang mempunyai enam orang anak di dalam membuat persiapan menjelang aidilfitri.
- Sufian memang terkenal dengan sikap suka membuat kerja di saat akhir. Intan yang sedang sarat mengandung tidak bersetuju dengan tindakan Sufian.
- Pelbagai kejadian berlaku ketika melakukan persiapan raya dan ketika pulang ke kampung kereta pula rosak di pertengahan jalan.
- Paling mencemaskan, Intan tiba-tiba sakit untuk melahirkan. Dalam kekalutan yang dihadapi untuk menyambut raya, Hajah Mariam, nenek mereka menjadi penyelamat membantu persiapan raya mereka.
BARISAN PELAKON UTAMA : BETO KUSHSIRY, ALMY NADIA, MIA SARA NASUHA, FAZLI DANIEL
ANAK TENGI (telefilem istimewa Syawal)
4 Syawal, 2 petang
- Persepsi negatif masyarakat terhadap taraf ekonomi peneroka Felda masih lagi di takuk lama.
- Fitri yang merupakan anak peneroka Felda menghadapi dilema cinta sewaktu memikul tanggungjawab mengurus ladang setelah ayahnya meninggal dunia.
Fitri tersepit di antara amanah ayahnya dan juga dengan pandangan kolot ibu bapa gadis yang dicintai, Nasha.
- Hubungan Fitri dan Nasha teruji bila Fitri jelaskan dia adalah seorang peladang di Felda Sg. Tengi. Dalam masa yang sama jirannya Dira juga menaruh hati pada Fitri namun Fitri Cuma menganggap Dira sebagai kawan.
- Kecerdikan Fitri akhirnya mampu membuka mata ibu bapa Nasha dan menyangkal pandangan masyarakat bahawa peneroka felda hidup susah dan miskin.
BARISAN PELAKON : SOFI JIKAN (FITRI), RAJA FARAH (NASHA), SITI NOR DIANA (DIRA), IQRAM DINZLY (AM)
PENGANTIN RAMADAN (telefilem istimewa Syawal)
4 Syawal, 8.30 malam
- SELEPAS berpisah dengan suaminya sejak 8 tahun lalu, Syikin melupakan hasrat untuk mendirikan rumahtangga bagi kali kedua setelah beberapa kali dikecewakan. Kawan rapatnya, Mastura cuba memujuk Syikin namun Syikin tetap dengan keputusannya.
- Mastura merancang untuk menjodohkan Syikin dan Amirul, seorang duda yang telah kematian isteri bertahun yang lalu. Pelbagai peristiwa lucu dan mendebarkan berlaku sehinggalah akhirnya Syikin dan Amirul mengambil kata putus untuk berkahwin.
- Malangnya, mereka terpaksa berdepan pula dengan beberapa masalah sehinggakan perkahwinan yang dirancang sebelum Ramadan tertangguh sehingga seminggu sebelum Syawal barulah hasrat mereka kesampaian.
- Namun timbul pula pandangan seorang apabila perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa-gesa.
BARISAN PELAKON : AIDA ARIS (SYIKIN), RUSDI RAMLI (AMIRUL), SHARIFAH SHAHIRA (MASTURA), IJOI (GHAZLAN), FAUZIAH NAWI (IBU AMIRUL)
JANGAN TAK PULANG (telefilem istimewa Syawal)
5 Syawal, 2 petang
- Fariz menghadapi konflik dengan ayahnya ketika dia pulang bercuti. Konflik tersebut telah membuatkan Fariz merajuk dan enggan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Adilifitri.
- Azizah (ibu Fariz) meminta, suaminya Johan memujuk Fariz supaya pulang. Kedegilan Johan telah membuatkan Azizah merancang sesuatu bersama anak gadisnya ,Farah agar hubungan kedua beranak itu kembali jernih.
- Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, Fariz telah menerima panggilan sms dari bapanya yang memujuknya supaya pulang berhari raya bersama-sama. Disebabkan terharu dengan sms tersebut Fariz segera berubah fikiran lantas berkemas untuk pulang.
- Dugaan bermula saat dia diberitahu tiket untuk pulang ke kampung halaman telah habis dijual
BARISAN PELAKON : PEKIN IBRAHIM (FARIZ), RAMONA ZAM ZAM (FARAH), ZAIBO (AYAH), DALIMAWATI ISMAIL (IBU).
0 comments:
Post a Comment