Wednesday, 19 February 2014

Sufi (Khalaf), Salafi dan Rausayanfikr (pemikir)

Alhamdulillah, pada 14 Rabiul Akhir 1435 yang lepas, Diskusi Ulul 'Ilmi & Turats (DU'AT) berjaya dilaksanakan sekali lagi.

DU'AT pada kali ini membawa satu tajuk yang agak kontroversi, terutama dalam kalangan pelajar Ilmu Wahyu iaitu Sufi, Salafi dan Rausyanfikr.

Objektif diskusi pada kali ini bukanlah untuk mendapatkan satu keputusan bersama atau mengeluarkan satu jawapan yang tepat, akan tetapi diskusi ini bertujuan sekadar untuk memupuk budaya berdiskusi dan mengkaji dalam kalangan pelajar terutama pelajar jurusan agama.

Justeru, diskusi ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan jawapan, akan tetapi ingin menimbulkan persoalan untuk dikaji dan dirujuk kepada mereka yang lebih layak.
Oleh itu, pihak DU'AT sama sekali tidak bersetuju untuk mana-mana pihak yang menonton video diskusi ini menjadikan pendapat dan perkongsian yang diutarakan dalam diskusi ini sebagai satu hujah dan jawapan bagi tajuk ini.
Apa yang pihak DU'AT harapkan adalah semua yang menonton diskusi ini untuk mengkaji semula pendapat-pendapat dalam diskusi ini dengan merujuk kepada para asatizah, masyaikh, dan guru yang lebih berautoriti .
Kami juga berharap agar semua yang menonton dapat memberikan juga serba sedikit pandangan mereka terhadap isu ini dengan menggunakan saluran yang sedia ada (fb, blog dsb) agar budaya berdiskusi, berkongsi pendapat dan mengkaji dapat terus diwujudkan dalam kalangan penuntut ilmu.
Wallahua'alam.
Terima kasih diucapkan kepada biro Pendidikan dan Latihan ISRAK atas kerjasama yang diberikan.
In syaa Allah, DU'AT seterusnya akan diadakan dalam masa yang terdekat.

video diskusi: