Hari Raya Fitri sudah pun berlalu. Namun, sudah menjadi adat bagi masyarakat di Malaysia untuk terus menyambung hari raya ini sehingga berhari-hari bahkan sampai ke sebulan Syawwal. Bagi saya perkara ini bukanlah menjadi satu masalah yang besar kerana cara sambutan hari raya oleh masyarakat di Malaysia ini sedikit sebanyak ada nilai murninya yang dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya golongan remaja. Contohnya, amalan ziarah-manziarahi dan rumah terbuka dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan keluarga. Golongan muda dapat menggunakan peluang ini untuk mengenali sanak saudaranya yang tinggal berjauhan. Ini merupakan satu peluang yang jarang diperoleh pada bulan-bulan biasa. Namun begitu, disebalik keseronokan kita meraikan adat ini, tidak haruslah pula kita merlupakan sunnah-sunnah dan amalan yang Rasulullah s.a.w lakukan semasa bulan Syawwal. Antaranya ialah Puasa Enam
Dalil-Dalil Puasa Enam
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ
أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Mafhumnya:Barang
siapa berpuasa Ramadhan kemudian
mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, maka baginya pahala seumpama
mengerjakan puasa sepanjang tahun[4].
( Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Dawud, at Tirmidzi, an Nasaa-i dan Ibnu Majah)
مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ
الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ، مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشَرَ
أَمْثَالُهَا
Mafhumnya:
Barang siapa berpuasa enam hari selepas Eidul Fitri (Hari Raya Puasa), adalah (seolah-olah
mencukupkan puasa) sepenuh tahun. Barang siapa yang melakukan satu kebajikan,
maka baginya (digandakan) sepuluh kebajikan sepertinya[5].
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Imam Nasaa-i dengan lafazh :
جَعَلَ اللهُ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا فَشَهْرٌ بِعَشْرَةِ أَشْهُرٍ وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ تَمَامُ السَّنَةَ
"Allah menjadikan (ganjaran) kebaikan itu sepuluh kali lipat, satu bulan sama dengan sepuluh bulan; dan puasa enam hari setelah hari raya ‘Idul Fithri merupakan penyempurna satu tahun".

Kaifiat Puasa Enam
Menurut pendapat mazhab syafi'e, afdhalnya dilakukan puasa enam itu berturut-turut selepas hari raya. (Sayid Sabiq, Fiq As Sunnah). Ini berdasarkan kepada hadis baginda S.A.W:
"Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, maka baginya pahala seumpama mengerjakan puasa sepanjang tahun"
Perkataan "...kemudian mengikutinya..." dijadikan sandaran kepada afdalnya ditunaikan puasa enam sejurus selepas Ramadhan (yakni seawal mungkin,dalam hal ini selepas hari raya) secara berturutan. Namun, menurut Imam an Nawawi, fadhilat puasa enam itu tetap diperoleh bagi mereka yang berpuasa enam sekalipun bukan berturut-turut selepas hari raya.
“Afdalnya
dilakukan puasa enam hari berturut selepas hari raya. Jika dilewatkan sehingga
akhir Syawwal tetap mendapat fadilat ‘disusuli enam hari’ kerana ia menyusuli
enam hari dalam bulan Syawwal” (Syarh Sahih Muslim, 8/238).
Puasa Qadha dulu atau Puasa Enam dulu?
Di sini dibawakan dua pendapat:
1) Pendapat yang membenarkan didahulukan puasa enam. Pendapat ini disandarkan kepada hadis daripada saidatina Aishah
"Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan,
tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no
101)
2) Pendapat yang mengatakan perlu didahulukan puasa qadha' sebelum puasa enam. Hujahnya
i) hadis Rasulullah s.a.w: "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaku dengan apa juapun, maka yang lebih aku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardunya..."( riwayat Bukhari)
ii) hadis Rasulullah s.a.w
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Perkataan 'صَامَ'' adalah fiil madhi yang membawa maksud telah berpuasa. Maka perlu menghabiskan puasa Ramadhan dahulu sebelum berpuasa enam.
Bolehkan Gabung Puasa Qadha dan Enam?
1) Sekiranya seseorang itu berniat puasa qadha' sahaja atau disekalikan dengan puasa enam, maka dia akan mendapat pahala puasa enam juga. Hanya pahala puasa enam itu tidak sempurna.
2) Sekiranya dia berniat berpuasa enam selepas puasa qadha, maka dia tidak akan mendapat pahala puasa enam sehinggalah dia melaksanakan puasa enam tersebut.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan tidak boleh digabungkan puasa qadha' dan puasa enam. Antara hujah yang digunakan:
1) Tidak ada dalil spesifik yang membolehkan gabung puasa dilakukan.
2) Dikhuatiri akan membuka ruang bermudah-mudah dalam agama. Contohnya, andai kata gabung puasa dibenarkan, maka akan muncul pula golongan yang ingin menggabungkan solat seperti solat Subuh dengan solat Istikharah dengan diqiaskan kepada gabung puasa qadha' dan enam.
3) Amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi dalam mengangkat tuntutan kewajipannya. Menggabungkan amalan wajib dengan amalan sunat akan mengganggu tumpuan tersebut sekaligus mengurangkan kesempurnaannya. Ini menurut pendapat Prof. Dr. Syeikh Abd Malik as Sa'dy dan Prof. Dr. Mohammad 'Uqlah el Ibrahim.
4) Hadis riwayat saidatina Aisyah "Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" Saidatina Aiyah melewatkan puasa qadha' untuk puasa enam memberi petanda bahawa tidak ada penggabungan puasa pada zaman sahabat.
5) Perlu menghabiskan dahulu puasa Ramadhan sebelum berpuasa enam berdasarkan hadis riwayat Abu Ayub al Ansari dan seumpamanya.

Menurut fatwa mufti Perlis pula, pendapat boleh digabungkan puasa tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al Quran dan as Sunnah.
Berdasarkan perbandingan hujah daripada kedua-dua pendapat, pendapat tidak boleh gabung puasa kelihatan lebih kuat hujahnya.
Khulasotul qaul
Amalan berpuasa enam ini merupakan sunnah rasul s.a.w yang sangat digalakkan untuk kita lakukan. Fadhilatnya, sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas, ibarat berpuasa selama setahun. Justeru, marilah kita sama-sama praktikkan sunnah ini dan moga-moga kita mendapat ganjaran yang setimpal dengan amalan kita.
sumber:
0 comments:
Post a Comment