Saya pernah menonton filem Lord
of The Ring tetapi bukan triloginya. Saya tidak menonton semua. Hanya yang
sempat saya tonton adalah sirinya yang terakhir iaitu The Return of The King.
Sungguhpun begitu, saya tertarik
dengan satu kata-kata karakter di dalam filem tersebut yang terdapat di dalam
siri kedua filem tersebut iaitu The Two Towers. (walaupun saya tidak menonton
siri ini)
Kata-kata ini diucapkan oleh Sam
kepada Frodo sewaktu Frodo hampir berputus asa di dalam misinya.
“It’s like in the great
stories
The one that really mattered
Full of darkness and danger they
were…”
Cerita Umat Islam
Realiti yang berlaku ke atas umat
Islam pada hari ini bagaikan sebuah cerita fantasi, kisah dongengan yang
mempunyai jalan penceritaan yang klise.
Kehidupan watak utama di dalam
mana-mana cerita rekaan biasanya digambarkan dalam keadaan penuh kesengsaraan
dan kesusahan.
Pelbagai dugaan dan cabaran
menerpa ke arah mereka.
Dalam hal ini, umat Islam adalah
watak utamanya.
Apa yang berlaku ke atas umat
Islam sekarang ini penuh dengan kegelapan.
Mereka dicaci, dimaki, dicerca
dan dihina. Tidak cukup dengan itu, umat Islam turut diinjak dan dipijak dan
negara mereka diserang dan diperang.
Di Palestin, penderitaan yang
dihadapi mereka sudah memakan masa kira-kira 60 tahun lebih. Semenjak
ditubuhkan negara haram Israel pada
tahun 1948, umat Islam di sana telah dizalimi dan diperlakukan
sewenang-wenangnya. Perumahan mereka dirobohkan. Mereka dihalau daripada kampung
halaman sendiri. Hak-hak mereka dirampas dan banyak lagi. Terkini, pihak Israel
Zionis laknatullah cuba untuk menafikan hak umat Islam Palestin untuk bersolat
di dalam Masjid Al Aqsa.SINI
Perang di Syria pula masih lagi berlanjutan. Pertempuran yang pada asalnya hanya melibatkan di antara pihak dalaman iaitu pemberontak dan pemerintah kini mula melibatkan juga campur tangan pihak luar terutama Amerika. Mangsanya, masyarakat awam.SINI
Di Asia Timur, Umat Islam Rohingya pula terus menerus dinafikan hak mereka sebagai penduduk Myanmar. Terbaru, pelarian Rohingya telah diberikan masa selama tiga minggu untuk keluar daripada Myanmar.SINI
Mesir menyaksikan satu
kebangkitan rakyat secara besar-besaran sehingga mengakibatkan pemerintah
diktaktor Hosni Mubarak berjaya digulingkan. Setelah itu, telah berlaku satu
proses pengundian yang paling adil pernah berlaku di dalam sejarah negara Mesir.
Kesannya, Parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin bejaya memenangi
pilihanraya tersebut dan Morsi naik menjadi presiden. Namun, tempoh
pentadbirannya tidak lama. Dalam masa hanya setahun pentadbiran, beliau telah
dijatuhkan pula melalui satu konspirasi yang dilakukan oleh Jeneral As Sisi.
Kemenangan Presiden Morsi dalam pilihanraya pada awalnya dilihat sebagai satu
sinar baru dalam kebangkitan umat Islam, padam tatkala beliau dijatuhkan secara
tidak terhormat. Umat Islam kembali ditekan dan ditindas.
Banyak lagi penderitaan umat
Islam yang berlaku di seluruh negara seperti di Iraq, Afghanistan, Kashmir,
Bosnia, Somalia dan banyak lagi. Semua ini tidak mampu untuk dikisahkan di
sini.
Namun apa yang pasti, umat Islam
terus menerus dizalimi.
Terlalu banyak cerita duka yang
berlaku ke atas umat Islam sehingga kelihatan seakan ia tidak akan ada
pengakhirannya.
Bahkan jika ia ada pengakhirannya
pun,kita akan merasakan bahawa kita
tidak akan sanggup untuk menghadapinya…
“And sometimes you didn’t want
to know the end
Because how could the end be
happy
How could the world go back to
the way it was
When so much bad had happened…”
Sinar Harapan
Namun, Allah SWT itu Maha Adil.
Dipergilirkan sesuatu itu sesuai mengikut aturannya.
“…But in the end,
It’s only a passing thing
This shadow
even darkness must pass…”
Penderitaan itu pasti akan
berlalu juga. Tidak kira berapa lama masa yang diambil, ia tetap pasti akan
berlalu.
Dan ia akan dimulakan dengan yang
dinamanya kesedaran. Kesedaran terhadap isu umat Islam seterusnya membawa
kepada kesedaran untuk mengubah diri.Daripada diri akan timbul pula kesedaran
untuk mengubah keluarga dan daripada keluarga, wujud kesedaran untuk mengubah
masyarakat. Dan daripada kesedaran inilah, akan timbulnya satu kebangkitan.
Kebangkitan dari sudut ilmu.
Kebangkitan dari sudut politik.
Kebangkitan dari segenap aspek
dalam kehidupan.
Saya melihat proses itu sudah
mula berjalan. Tidak perlu pergi jauh, di Malaysia sahaja sudah wujudnya
kesedaran dalam kalangan masyarakat. Apa yang lebih menggembirakan, kesedaran
itu turut didokongi oleh golongan muda yang akan mewarisi kepimpinan dunia
kelak.
Anak muda sudah mula
berjinak-jinak dengan pengajian agama yang mendalam.
Mereka juga bersungguh di dalam
mentarbiah diri mereka dengan nilai-nilai Islam.
Tidak ketinggalan juga yang berusaha
untuk membentuk intelektual mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Bahkan ada juga yang semakin
berani memperjuangkan keadilan bagi menjatuhkan kezaliman.
Saya yakin perkara yang sama juga
berlaku di seluruh dunia.
Semua ini terjadi disebalik
meningkatnya penindasan ke atas umat Islam.
Seakan-akan memberi petanda
bahawa mentari pagi mula menyinar di sebalik kelamnya kegelapan malam itu…
“…A new day will come
and when the sun shines,
it will shine out the clearer”
-Sam LOTR-
Kebangkitan yang Satu
“Allah menjanjikan orang-orang
yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia
akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di
bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka
khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama
mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”
(An Nur: 55)
Kebangkitan itu sudah bermula.
Namun perlu terus ditingkatkan dan disebarluaskan lagi. Hal ini menuntut usaha
yang bersungguh sungguh dan berterusan daripada kita.
Dan juga jangan dilupa,
kebangkitan semata tidak cukup untuk mengatasi gelapnya kezaliman itu. Kita
juga memerlukan apa yang dipanggil sebagai kesatuan.
Teruskan berdoa untuk saudara
kita….
0 comments:
Post a Comment