Sunday, 23 September 2012

Innoncence of Muslim: Satu Pandangan


Dunia Islam sekali lagi dikejutkan dengan pembikinan sebuah filem yang menghina Islam. Sebelum ini, peristiwa yang sama turut berlaku di Belanda apabila sebuah filem yang diberi judul ‘Submission’ dikatakan menghina Islam. Filem arahan Theo Van Gogh itu cuba memaparkan bagaimana wanita ditindas di dalam Islam. Kemudian, sebuah lagi filem dibikin di tempat yang sama. Sesuai dengan namanya, ‘Fitna’, filem pendek arahan Geert Wilders ini menfitnah umat Islam dengan menuduh agama Islam sebagai agama yang mempromosi keganasan. Filem ini mengemukakan beberapa ayat Al-Quran bagi membuktikan tuduhan mereka itu tetapi usahanya itu sekadar memaparkan kedangkalan akal sang pembuat filem ini sahaja apabila jelas ayat Al-Quran diputar-belit dengan mengambil sebahagian sahaja ayat dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Geert Wilders Laknatullah

Kini, filem yang berjudul ‘Innoncence of Muslim’ mengulang kembali sejarah pahit penghinaan Musyrikin terhadap Islam.
Secara ringkasnya, filem ini diarahkan oleh seorang warga Amerika berketurunan Yahudi yang bernama Sam Bacile (kemudiannya didapati bahawa nama ini hanyalah sekadar nama samaran). Filem ini menghina peribadi Rasulullah saw dengan memaparkan baginda (sebagaimana yang dilakonkan oleh barisan pelakonnya) sebagai seorang yang gila seks, suka membunuh dan bermacam lagi. Trailer filem yang berdurasi 13 minit ini dimuat naikkan di laman Youtube manakala filem penuhnya dilaporkan telah ditayangkan sekali di sebuah panggung dengan bilangan penonton sekitar sepuluh orang.

Sikap Umat Islam
"KHARTOUM - Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam protes umat Islam, yang marah dengan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, hari ini menyerang Kedutaan Jerman dan Britain di ibu negara Sudan, Khartoum.
Serangan ke atas kedutaan Barat juga disaksikan di Tunisia. Di Tunis, asap kelihatan di kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).Tiga orang terbunuh di Tunisia, seorang di Khartoum dan seorang lagi di Lubnan."
(sumber: Sinar Harian)
“Haah…kenape sampai macam tu…?” Saya mengeluh sendirian tatkala membaca keratan akhbar tersebut.
Terkadang saya berasa amat hairan, apa yang membuatkan mereka fikir bahawa tindakan mereka itu adalah sebagai tanda atau lambang kecintaan mereka kepada Rasulullah saw dan agama yang dibawa Baginda? Maksud saya tindakan mereka menyerang kedutaan, membaling kasut dan botol, membakar dan mengebom bangunan kedutaan tersebut. Adakah ini yang diajar oleh Nabi Muhammad saw? Adakah tindakan mereka itu mampu membantu memulihkan semula imej Islam yang kian tercalar ini? Adakah sikap itu akan meninggikan dan memartabatkan semula nama Islam di mata dunia?
Saya agak ragu-ragu jika jawapan yang diberikan adalah “ya.”

"Christopher Stevens terbunuh apabila sekumpulan penunjuk perasaan menyerang pejabat konsul Amerika menggunakan roket pelancar bom, sebelum membakar bangunan berkenaan kelmarin.



Keganasan itu dikatakan berpunca daripada penerbitan sebuah filem yang menimbulkan kemarahan umat Islam."

(sumber: Sinar Harian)

Hakikatnya, Islam ketika ini telah dipalit dengan imej agama yang menggalakkan keganasan. Filem ‘innoncence of Muslim’ itu sendiri yang cuba melahirkan kembali tuduhan ini. Lantas, adakah wajar kita membantah filem ini dengan keganasan juga. Tindakan kita yang pada asalnya ingin mempertahankan maruah Islam secara tidak lansung menjadi fitnah sebenarnya kepada agama Islam. Para aktivis anti Islam akan bertepuk tangan dan bersorak sorai apabila mereka melihat sikap umat Islam dalam menghadapi isu ini. Bayangkanlah, bagaimana mungkin kerana marahkan orang lain, kita menyerang, malah membunuh orang lain yang tidak ada kena mengena lansung dalam pembikinan filem tersebut. Ini semua, akan menjadi modal buat para aktivis anti Islam untuk terus-terusan menyebarkan propaganda mereka yang mengatakan Islam adalah agama keganasan.

Berdemonstrasi atau Beremosi?
Semasa zaman pemerintahan khulafa’ Ar Rasyidin yang kelima, Umar bin Abdul Aziz, seorang tentera Islam yang ditawan telah dihina dan dimalukan oleh tentera Byzantine. Apabila mendapat sahaja pengkhabaran tersebut, Umar bin Abdul Aziz terus mengutus sepucuk surat kepada kaisar Rom ketika itu. Antara isi kandungan surat tersebut ialah:
“…Sebelum kamu meletakkan surat ini, aku menuntut agar kamu melepaskan tentera Islam itu atau jika tidak, demi Allah! Aku akan hantarkan kebinasaan kepada kamu yang akan bermula di sini dan berakhir di mana kamu berada sekarang!”
Sebuah lagi kisah yang sangat masyhur sewaktu zaman pemerintahan khalifah Al Mu’ tasim. Seorang wanita muslimah telah ditampar di tanah Byzantine. Berita tersebut sampai kepada Khalifah Al Mu’tasim lalu beliau terus menghantar segerombolan tentera Islam ke tanah Byzantine tersebut untuk mempertahankan maruah muslimah tersebut.
Kebanyakan mereka yang berdemonstrasi sering menggunakan kisah-kisah seperti di atas untuk membenarkan tindakan mereka. Kata mereka, dalam hal menegakkan dan mempertahankan maruah Islam, kita perlu bertegas. Tidak seharusnya bagi seorang yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim, duduk berpeluk tubuh di rumah tatkala mendengar agama Islam dihina.  Mereka perlu cakna dan prihatin terhadap isu yang berlaku dalam dunia Islam. Dan demonstrasi adalah salah satu cara untuk menzahirkan keprihatinan tersebut.
Justeru, adakah kita tidak boleh berdemonstrasi lansung sekiranya agama Islam dihina sekali lagi?
Saya bukanlah ingin menghalang mereka yang berdemonstrasi membantah peghinaan terhadap agama Islam jauh sekali mengatakan demonstrasi itu haram. Bahkan, andai kata dibuiat demonstrasi di tempat saya berada sekarang ini, insya Allah saya akan turut menyertainya. Apa yang cuba saya sampaikan ini adalah berpada-padalah dalam berdemonstrasi. Tidak perlulah sehingga menyerang dan membunuh orang yang tidak bersalah.

Bagi saya, cukuplah kita sekadar berdemonstrasi untuk menunjukkkan keprihatinan kita terhadap isu Islam. Tidak perlulah berdemonstrasi sehingga ke kedutaan. Dalam demonstrasi yang dilakukan itu, terapkanlah semangat jihad dalam kalangan umat Islam dan serulah mereka agar kekal istiqamah dalam mempertahankan maruah Islam. Hal ini kerana, berapa ramai dalam kalangan umat Islam, sekiranya kita perhatikan, cukup bersemangat ketika berada dalam satu perhimpunan tunjuk perasaan. Berdegar-degar laungan mereka dilontarkan kononnya mereka ingin memperjuangkan Islam. Beribu-ribu sepanduk diangkat ketika demonstrasi yang tertulis pelbagai kata-kata semangat dan igutan. “ Kami sayang akan Islam”, “Jangan hina agama kami”, “Maruah Islam akan kami pertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir”, dan bermacam-macam lagi. Bendera Israel dan Amerika, entah berapa kali dibakarnya. Namun, selesai sahaja perhimpunan, orang yang sama, akan duduk berkumpul di kaki-kaki lima dan kedai-kedai kopi sambil membakar pula puntung-puntung rokok untuk dihisap. Hilang sudah semangat Islam yang berkobar-kobar tadi.
Sebab itulah saya tertawa sendiri apabila melihat gambar yang dikirim beberapa orang sahabat di laman facebook yang menggambarkan sikap umat Islam ketika berdemonstrasi.

Lalu, apa yang patut kita lakukan dalam menghadapi isu seperti ini?
Tugas Kita
Saya ada membangkitkan satu persoalan di facebook tentang kerelevanan demonstrasi membantah filem tersebut. Alhamdulillah, beberapa orang ada memberi respon. Daripada situ, saya membuat kesimpulan  apa yang patut kita lakukan dalam menghadapi isu penghinaan Islam seperti ini.
11)        Melaksanakan segala pa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
22)      Cuba sedaya upaya untuk mengikuti segala sunnah Rasulullah saw sebagai bukti kecintaan kita kepada    Baginda.
33)      Membangkitkan Islam di tempat masing-masing dengan konsep amar makruf nahi munkar
44)    Berdoa kepada Allah agar dtimpakan kepada mereka yang bertanggungjawab balasan yang setimpal dengan tindakan mereka itu.
Bagi saya, inilah tugas kita sebagai orang awam bagi menangani isu ini. Adapun, selebihnya terletak ke atas bahu pemimpin Islam.  Sebenarnya, sekiranya kita teliti semula kisah dua orang pemimpin Islam di atas, kita akan dapati bahawa seorang pemimpin Islam yang tegas sudah cukup untuk menimbulkan kegentaran dalam hati-hati orang kafir. Kita memerlukan pemimpin yang apabila mendapat tahu Islam dihina, berani untuk bangkit dalam dewan PBB lantas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut sambil mendesak dengan setegas-tegasnya kerajaan negara yang bertanggungjawab mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah sebagaimana beraninya Umar bin Abdul Aziz mengutus surat kepada governor Rom demi mempertahankan maruah umat Islam. Bukannya pemimpin yang hanya sekadar mengeluarkan kenyataan membantah penghinaan terhadap Islam dalam media-media tempatan sambil duduk di atas kerusi empuk.
We Need an Action Man    
 Sedarlah wahai umat Islam! Kita semua berada dalam suatu zaman yang dipanggil sebagai zaman fitnah. Dalam zaman ini, kita memerlukan seorang Muslim yang bertindak, bukan hanya sekadar berkata-kata. Berdemonstrasilah bagi membantah peghinaan dan penindasan ke atas umat Islam, tetapi pada masa yang sama, tunaikanlah tanggungjawabmu sebagai seorang hamba Allah. Berdemonstrasilah bagi menunjukkan keprihatinan dan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi janganlah lupakan segala suruhan dan larangan-Nya berserta seluruh sunnah Rasul-Nya. Berdemonstrasilah bagi menggentarkan hati-hati orang kafir yang memusuhi Islam, tetapi berpada-padalah agar kita tidak pula menjadi fitnah buat Islam.
Buat akhirnya, renungilah kisah ini:
Seorang rakyat Palestin telah ditemuramah oleh seorang wartawan. Antara yang ditanya ialah apa yang mereka rakyat Palestin harapkan daripada umat Islam di seluruh dunia.
Jawab beliau:
“Kami tak mengharapkan apa-apa bantuan persenjataan daripada kamu…”
“…Kami juga tidak mengharapkan bantuan makanan, pakaian, mahupun bangunan…”
“…tetapi apa yang kami harapkan adalah…”
“…kamu, umat Islam di seluruh dunia, dapat MEMBANGKITKAN ISLAM DALAM DIRI KAMU DAN MASYARAKAT DI SEKELILING KAMU agar khilafah Islamiyyah dapat ditegakkan…”
“…hanya dengan itulah, kamu dapat membantu kami…”

Friday, 14 September 2012

Tuesday, 11 September 2012

A Very Sad Story to Share


It’s about Muslim man named Rashid. He Says. “I was not a practicing muslim, I had bad friends. I enjoyed going out with them. I was almost never home, but always at gatherings with friends, in these gatherings we backbited, gossiped and made fun of ppl. I was especially known among my friends to make jokes and ppl were impressed by the way I was so good at it.
One night (at the time I was 30 and married and my wife was pregnant with our 1st child) I was as usual gathered with my friends and talking useless talk. I was telling them how I was at the market one day and I saw a blind man and I put my leg out in front of this man and the blind man tripped and fell on his face. My friends laughed and so on. When I went back home that night, my wife told me ‘were have u been?’ ‘I am so tired and sick and I think I am in labor.’ A tear dropped down her cheek. I felt guilty, for I hadn’t cared about my wife properly. I quickly took her to the hospital. She was in pain for a long time and could not give birth, I waited patiently, but eventually I left and told the hospital to call me when she gave birth. An hour later, they called telling me my wife had given birth to baby boy named Salem. I quickly went to the hospital. I askedwhich room my wife was in.They told me I 1st had to see the doctor. I got mad at them and said “What doctor? I want to see my son!?!” they insisted that I see the doctor first. So I went to the doctor, she first talked to me about calamities and that one must accept the will (qadar) of Allah.
Then she told me, ‘your son is blind!’ My lowered my head and remembered the blind man I tripped and made fun of. I didn’t know what to say, I thanked the doctor for her kindness and went to see my wife. My wife was not sad, rather she accepted the will of Allah (swt). She had always advised me not to make fun of ppl and not to gossip and backbite. We left the hospital. I did not care about Salem, I did not like him, I pretended that he wasn’t even in the house. But, my wife loved Salem very much and cared for him.
Salem grew and he began to crawl, he wasn’t crawling properly. When he began to walk, we discovered that he was handicapped. This was too much for me. Later, my wife gave birth to 2 boys, Omar and Khalid.
Years passed, salem and his brothers grew. I continued to hang out with my bad friends and did not like to be at home. However, my wife was patient with me and she always made Dua that Allah guide me.
One Friday, I woke up at 11 am (which was early for me) and was getting ready to go to a walimah (I did not go to Jummah). I got dressed, put on 3tter, and was about to head out the door when I saw Salem (who was 10 yrs old) crying very loudly in the living room. So, for the first time in 10 years I cared and went to ask him why he was crying. When salem felt me coming near, he stopped crying and pushed me away as if to say, “Now you care, where were you for the past 10 yrs!”
Salem was calling his mother and brothers, but no one was answering him, so he went to his room. I followed him. At first, he would not tell me why he was crying.Do you know why he was crying? His brother Omar, who normally took him to the masjid, was late. Salem was afraid that since it was a Friday, he would not be able to get a spot in the front row at the mosque. I said, “is that why you cried salem?” salem answered positively.
I, out of disbelief from what I heard, forgot about my friends and the walimah. I then told salem that I would take him to the mosque. Salem could not believe what he had heard. He thought his father was mocking him. He then began to cry. I wiped salem’s tears and took him by his hand to take him to the car. Salem refused. He said the mosque is near, and he wants to walk there by foot. I could not remember the last time he went to the mosque. The mosque was full, but I was able to find a spot for salem in the first row. After prayer was over, salem asked me to get him copy of the Quran. I thought, ‘how can he want a Quran if he is blind!!!!’ so I gave him one anyway so that his feelings would not be hurt.
Salem then asked me to open to surat al-kahf. So when I opened it for him, salem began to recite. He had memorized the entire surah. I felt embarrassed and ashamed of myself. I took a Quran and began to read. I asked Allah for forgiveness and guidance. I then began to sob like a child. There were still people in the mosque, so I tried to hide my tears. I couldn’t. I began to sob loudly.
I felt a small hand wiping his tears away. It was salem. He hugged me and I thought, ‘you aren’t the blind one, for I am, because I ran after the evil people who would drag me into hell-fire.’From that day on I never missed a prayer at the mosque. My wife was really happy.
I left all my bad friends and tasted the sweetness of eman. I went to halaqas. I became closer to Allah and to my family. I thanked Allah for this great blessing. One day my pious friends decided to go to a far away place to make dawah. I hesitated about going, I made istikharah and asked my wife, to my surprise she encouraged me to go. She was so happy, for before I used to travel w/o asking her. I told Salem that I would be traveling, he hugged me with his tiny arms, bidding me farewell.I was away for 3 months and I would call my family and I missed them greatly, especially Salem. Whenever, I called I would ask for him but he was either at school or the mosque.
Everytime I told my wife how much I missed him, she would laugh cheerfully. Except for the last call, she did not laugh but her voice had changed. I told her to say salam to Salem and she said “Insha Allah” and was quiet.
I finally came back home and hoped Salem would open the door for me, but Khaled did. Then I saw my wife, her face had changed. I asked her “what’s wrong?” she replied “nothing.” Then I remembered Salem, and asked “where is he?” My wife lowered her head and did not answer. A tear dropped down her cheek. I screamed at her, “where’s Salem, where is he?’”
My son Khaled (4 yrs old), said “Daddy, Thalem went to Jannah, he is with Allah.” My wife could not handle it and she broke down in tears and left the room. I found out later that Salem had got sick with a fever and went to hospital 2 weeks before I arrived. The fever worsened and his mother stayed by his side and until his soul departed his body.”

Saturday, 8 September 2012

3 Syarat

Dikisahkan suatu hari sedang seorang alim selesai mengajar agama di  satu majlis ilmu, beliau duduk berehat bersama anak-anak muridnya. Tiba-tiba, seorang wanita cantik datang untuk bertemu dengan orang alim tersebut. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua anak-anak murid orang alim tersebut berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar orang alim itu mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada anak-anak murid beliau, tetapi dengan 3 syarat.


-Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'.


-Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam.


-Syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun.


Maka dengan syarat ini, anak-anak murid yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Orang alim pun menawarkan kepada para anak murid siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.


Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa orang alim menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu orang alim memanggil anak murid tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.


Lalu, sahabat tersebut menyatakan "Wahai guruku! Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali.
Orang alim menjawab: Ya.



Kemudian, Wahai Guruku!Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam?
Orang alim menjawab: Ya.



Wahai Guruku!: Bukankah engkau pernah berkata bahawa barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun?
Orang alim menjawab: Ya.



Dengan ketiga-tiga jawapan anak murid tersebut, isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.


Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda :
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
[Sahih Muslim hadis no: 1164].

Harga Islam


Seorang imam baru sahaja berpindah ke sebuah pekan kecil di kota London. Disebabkan kedudukan pekan tersebut yang jauh dari bandar utama, dia terpaksa berulang-alik dari pekan tersebut ke bandar utama dengan menaiki bas. Maka, setiap minggu, imam tersebut akan menaiki bas yang sama untuk ke bandar utama.
Pada suatu hari, ketika si imam hendak pergi ke bandar dengan menaiki bas, dia mendapati pemandu bas tersebut terlebih memberi  baki sebanyak 20 sen kepada dia. Si imam duduk sambil berfikir apa yang patut dia lakukan. Hatinya terdetik; “aku perlu pulangkan duit ini kepada pemandu bas itu semula. Mungkin dia tersilap bagi atau terlepas pandang,”. Kemudian dia berfikir lagi; “Ahh, 20 sen je pun. Siapa la yang kisah dengan duit ni. Lagi pula pemandu bas tu dah dapat banyak duit daripada penumpang yang lain. Mungkin ini rezeki daripada Allah kepada aku,”
Sedang dia asyik berkira-kira apa yang patut dilakukan, bas tersebut sampai ke destinasi yang dituju. Tanpa berlengah, si imam terus bergerak untuk turun daripada bas. Apabila dia menghampiri pintu bas, imam tersebut tiba-tiba berhenti. Dia lalu berpusing dan menoleh ke arah pemandu bas tersebut sambil berkata; “Minta maaf, tadi kamu beri kepada saya baki terlebih 20 sen,”Imam itu akhirnya memulangkan semula duit 20 sen tersebut kepada pemandu bas itu.
Pemandu bas menerima duit tersebut dengan senyuman. Dia lalu berkata; “ kamu imam di pekan kecil tadi bukan? Saya ada terfikir untuk masuk ke dalam agama kamu tapi saya perlukan sedikit keyakinan untuk masuk ke dalam agama kamu. Saya sengaja memberi baki lebih 20 sen kepada kamu untuk mendapatkan keyakinan tersebut. Ternyata agama kamu mengajar penganutnya menjadi seorang yang sangat jujur. Maka, saya kira itu sudah cukup untuk meyakinkan saya untuk menganut agama kamu,”
Turun sahaja daripada bas tersebut, seluruh tubuh si imam menggeletar dan kakinya terasa sangat lemah. Hampir-hampir sahaja di jatuh pengsan. Dia lalu memohon keampunan daripada Allah sambil berkata; “ Ya Allah, aku hampir sahaja menjual Islam dengan harga 20 sen. Ampunkanlah aku ya Allah…”
Ingatlah sahabat-sahabat, kita tidak tahu apa impaknya setiap perbuatan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang, kita mungkin adalah satu-satunya sumber Islam yang boleh dirujuk oleh orang lain atau satu-satunya Muslim yang diperhatikan oleh orang kafir yang lain. Justeru, apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa berhati-hati dengan menerapkan dan membiasakan akhlak Islamiah dalam diri kita dan sentiasalah berlaku jujur dalam kehidupan sehari-harian kita. Siapa tahu, Insya Allah, dengan usaha kita itu, kita mampu menarik minat orang kafir yang lain untuk menganut agama Islam sebagaimana kisah di atas.