Dunia Islam sekali lagi dikejutkan dengan pembikinan sebuah
filem yang menghina Islam. Sebelum ini, peristiwa yang sama turut berlaku di
Belanda apabila sebuah filem yang diberi judul ‘Submission’ dikatakan menghina
Islam. Filem arahan Theo Van Gogh itu cuba memaparkan bagaimana wanita ditindas
di dalam Islam. Kemudian, sebuah lagi filem dibikin di tempat yang sama. Sesuai
dengan namanya, ‘Fitna’, filem pendek arahan Geert Wilders ini menfitnah umat
Islam dengan menuduh agama Islam sebagai agama yang mempromosi keganasan. Filem
ini mengemukakan beberapa ayat Al-Quran bagi membuktikan tuduhan mereka itu
tetapi usahanya itu sekadar memaparkan kedangkalan akal sang pembuat filem ini
sahaja apabila jelas ayat Al-Quran diputar-belit dengan mengambil sebahagian sahaja
ayat dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Geert Wilders Laknatullah |
Kini, filem yang berjudul ‘Innoncence of Muslim’ mengulang
kembali sejarah pahit penghinaan Musyrikin terhadap Islam.
Secara ringkasnya, filem ini diarahkan oleh seorang warga
Amerika berketurunan Yahudi yang bernama Sam Bacile (kemudiannya didapati
bahawa nama ini hanyalah sekadar nama samaran). Filem ini menghina peribadi
Rasulullah saw dengan memaparkan baginda (sebagaimana yang dilakonkan oleh
barisan pelakonnya) sebagai seorang yang gila seks, suka membunuh dan bermacam
lagi. Trailer filem yang berdurasi 13 minit ini dimuat naikkan di laman Youtube
manakala filem penuhnya dilaporkan telah ditayangkan sekali di sebuah panggung
dengan bilangan penonton sekitar sepuluh orang.
Sikap Umat Islam
"KHARTOUM - Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam protes umat Islam, yang marah dengan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, hari ini menyerang Kedutaan Jerman dan Britain di ibu negara Sudan, Khartoum.
Serangan ke atas kedutaan Barat juga
disaksikan di Tunisia. Di Tunis, asap kelihatan di kawasan Kedutaan Amerika
Syarikat (AS).Tiga orang terbunuh di Tunisia, seorang
di Khartoum dan seorang lagi di Lubnan."
(sumber: Sinar Harian)
“Haah…kenape sampai macam tu…?” Saya mengeluh sendirian
tatkala membaca keratan akhbar tersebut.
Terkadang saya berasa amat hairan, apa yang membuatkan
mereka fikir bahawa tindakan mereka itu adalah sebagai tanda atau lambang
kecintaan mereka kepada Rasulullah saw dan agama yang dibawa Baginda? Maksud
saya tindakan mereka menyerang kedutaan, membaling kasut dan botol, membakar
dan mengebom bangunan kedutaan tersebut. Adakah ini yang diajar oleh Nabi
Muhammad saw? Adakah tindakan mereka itu mampu membantu memulihkan semula imej
Islam yang kian tercalar ini? Adakah sikap itu akan meninggikan dan
memartabatkan semula nama Islam di mata dunia?
Saya agak ragu-ragu jika jawapan yang diberikan adalah “ya.”
"Christopher Stevens terbunuh apabila sekumpulan penunjuk perasaan menyerang pejabat konsul Amerika menggunakan roket pelancar bom, sebelum membakar bangunan berkenaan kelmarin.
Keganasan itu dikatakan berpunca daripada
penerbitan sebuah filem yang menimbulkan kemarahan umat Islam."
(sumber: Sinar Harian)
Hakikatnya, Islam ketika ini telah dipalit dengan imej agama
yang menggalakkan keganasan. Filem ‘innoncence of Muslim’ itu sendiri yang cuba
melahirkan kembali tuduhan ini. Lantas, adakah wajar kita membantah filem ini
dengan keganasan juga. Tindakan kita yang pada asalnya ingin mempertahankan
maruah Islam secara tidak lansung menjadi fitnah sebenarnya kepada agama Islam.
Para aktivis anti Islam akan bertepuk tangan dan bersorak sorai apabila mereka
melihat sikap umat Islam dalam menghadapi isu ini. Bayangkanlah, bagaimana
mungkin kerana marahkan orang lain, kita menyerang, malah membunuh orang lain
yang tidak ada kena mengena lansung dalam pembikinan filem tersebut. Ini semua,
akan menjadi modal buat para aktivis anti Islam untuk terus-terusan menyebarkan
propaganda mereka yang mengatakan Islam adalah agama keganasan.
Berdemonstrasi atau Beremosi?
Semasa zaman pemerintahan khulafa’ Ar Rasyidin yang kelima,
Umar bin Abdul Aziz, seorang tentera Islam yang ditawan telah dihina dan
dimalukan oleh tentera Byzantine. Apabila mendapat sahaja pengkhabaran
tersebut, Umar bin Abdul Aziz terus mengutus sepucuk surat kepada kaisar Rom
ketika itu. Antara isi kandungan surat tersebut ialah:
“…Sebelum kamu meletakkan surat ini, aku menuntut agar kamu
melepaskan tentera Islam itu atau jika tidak, demi Allah! Aku akan hantarkan
kebinasaan kepada kamu yang akan bermula di sini dan berakhir di mana kamu
berada sekarang!”
Sebuah lagi kisah yang sangat masyhur sewaktu zaman
pemerintahan khalifah Al Mu’ tasim. Seorang wanita muslimah telah ditampar di
tanah Byzantine. Berita tersebut sampai kepada Khalifah Al Mu’tasim lalu beliau
terus menghantar segerombolan tentera Islam ke tanah Byzantine tersebut untuk
mempertahankan maruah muslimah tersebut.
Kebanyakan mereka yang berdemonstrasi sering menggunakan
kisah-kisah seperti di atas untuk membenarkan tindakan mereka. Kata mereka,
dalam hal menegakkan dan mempertahankan maruah Islam, kita perlu bertegas.
Tidak seharusnya bagi seorang yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim,
duduk berpeluk tubuh di rumah tatkala mendengar agama Islam dihina. Mereka perlu cakna dan prihatin terhadap isu
yang berlaku dalam dunia Islam. Dan demonstrasi adalah salah satu cara untuk
menzahirkan keprihatinan tersebut.
Justeru, adakah kita tidak boleh berdemonstrasi lansung
sekiranya agama Islam dihina sekali lagi?
Saya bukanlah ingin menghalang mereka yang berdemonstrasi
membantah peghinaan terhadap agama Islam jauh sekali mengatakan demonstrasi itu
haram. Bahkan, andai kata dibuiat demonstrasi di tempat saya berada sekarang
ini, insya Allah saya akan turut menyertainya. Apa yang cuba saya sampaikan ini
adalah berpada-padalah dalam berdemonstrasi. Tidak perlulah sehingga menyerang
dan membunuh orang yang tidak bersalah.
Bagi saya, cukuplah kita sekadar berdemonstrasi untuk
menunjukkkan keprihatinan kita terhadap isu Islam. Tidak perlulah
berdemonstrasi sehingga ke kedutaan. Dalam demonstrasi yang dilakukan itu,
terapkanlah semangat jihad dalam kalangan umat Islam dan serulah mereka agar
kekal istiqamah dalam mempertahankan maruah Islam. Hal ini kerana, berapa ramai
dalam kalangan umat Islam, sekiranya kita perhatikan, cukup bersemangat ketika
berada dalam satu perhimpunan tunjuk perasaan. Berdegar-degar laungan mereka
dilontarkan kononnya mereka ingin memperjuangkan Islam. Beribu-ribu sepanduk
diangkat ketika demonstrasi yang tertulis pelbagai kata-kata semangat dan
igutan. “ Kami sayang akan Islam”, “Jangan hina agama kami”, “Maruah Islam akan
kami pertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir”, dan bermacam-macam
lagi. Bendera Israel dan Amerika, entah berapa kali dibakarnya. Namun, selesai
sahaja perhimpunan, orang yang sama, akan duduk berkumpul di kaki-kaki lima dan
kedai-kedai kopi sambil membakar pula puntung-puntung rokok untuk dihisap.
Hilang sudah semangat Islam yang berkobar-kobar tadi.
Sebab itulah saya tertawa sendiri apabila melihat gambar
yang dikirim beberapa orang sahabat di laman facebook yang menggambarkan sikap
umat Islam ketika berdemonstrasi.
Lalu, apa yang patut kita lakukan dalam menghadapi isu
seperti ini?
Tugas Kita
Saya ada membangkitkan satu persoalan di facebook tentang
kerelevanan demonstrasi membantah filem tersebut. Alhamdulillah, beberapa orang
ada memberi respon. Daripada situ, saya membuat kesimpulan apa yang patut kita lakukan dalam menghadapi
isu penghinaan Islam seperti ini.
11) Melaksanakan segala pa yang
disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
22) Cuba sedaya upaya untuk
mengikuti segala sunnah Rasulullah saw sebagai bukti kecintaan kita kepada Baginda.
33) Membangkitkan Islam di
tempat masing-masing dengan konsep amar makruf nahi munkar
44) Berdoa kepada Allah agar
dtimpakan kepada mereka yang bertanggungjawab balasan yang setimpal dengan
tindakan mereka itu.
Bagi saya, inilah tugas kita sebagai orang awam bagi
menangani isu ini. Adapun, selebihnya terletak ke atas bahu pemimpin
Islam. Sebenarnya, sekiranya kita teliti
semula kisah dua orang pemimpin Islam di atas, kita akan dapati bahawa seorang
pemimpin Islam yang tegas sudah cukup untuk menimbulkan kegentaran dalam
hati-hati orang kafir. Kita memerlukan pemimpin yang apabila mendapat tahu
Islam dihina, berani untuk bangkit dalam dewan PBB lantas mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan tersebut sambil mendesak dengan setegas-tegasnya
kerajaan negara yang bertanggungjawab mengenakan hukuman yang setimpal kepada
mereka yang bersalah sebagaimana beraninya Umar bin Abdul Aziz mengutus surat
kepada governor Rom demi mempertahankan maruah umat Islam. Bukannya pemimpin
yang hanya sekadar mengeluarkan kenyataan membantah penghinaan terhadap Islam
dalam media-media tempatan sambil duduk di atas kerusi empuk.
We Need an Action Man
Sedarlah wahai umat
Islam! Kita semua berada dalam suatu zaman yang dipanggil sebagai zaman fitnah.
Dalam zaman ini, kita memerlukan seorang Muslim yang bertindak, bukan hanya
sekadar berkata-kata.
Berdemonstrasilah bagi membantah peghinaan dan penindasan ke atas umat Islam, tetapi
pada masa yang sama, tunaikanlah tanggungjawabmu sebagai seorang hamba Allah.
Berdemonstrasilah bagi menunjukkan keprihatinan dan kecintaan kita kepada Allah
dan Rasul-Nya, tetapi janganlah lupakan segala suruhan dan larangan-Nya
berserta seluruh sunnah Rasul-Nya. Berdemonstrasilah bagi menggentarkan
hati-hati orang kafir yang memusuhi Islam, tetapi berpada-padalah agar kita
tidak pula menjadi fitnah buat Islam.
Buat akhirnya, renungilah kisah ini:
Seorang rakyat Palestin telah ditemuramah oleh seorang wartawan.
Antara yang ditanya ialah apa yang mereka rakyat Palestin harapkan daripada
umat Islam di seluruh dunia.
Jawab beliau:
“Kami tak mengharapkan apa-apa bantuan persenjataan daripada
kamu…”
“…Kami juga tidak mengharapkan bantuan makanan, pakaian, mahupun
bangunan…”
“…tetapi apa yang kami harapkan adalah…”
“…kamu, umat Islam di seluruh dunia, dapat MEMBANGKITKAN
ISLAM DALAM DIRI KAMU DAN MASYARAKAT DI SEKELILING KAMU agar khilafah
Islamiyyah dapat ditegakkan…”
“…hanya dengan itulah, kamu dapat membantu kami…”